fbpx

Joe Jonas Jonas, Sophie Turner akhirnya bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Joe Jonas dan Sophie Turner kini sudah bercerai.

HAKIM Mahkamah Florida, Amerika Syarikat iaitu Gina Beovides akhirnya mengesahkan perceraian pasangan sensasi Joe Jonas dan Sophie Turner.

Menurut laporan media tempatan, TND, kedua-dua sudah mencapai kata sepakat untuk berpisah dan menguruskan hak penjagaan anak secara baik.

“Mereka telah menandatangani dokumen perjanjian perceraian terhadap pemisahan aset, sokongan pasangan dan hak penjagaan dua anak perempuan mereka iaitu Willa, 4, dan Delphine, 2.

“Perkahwinan mereka itu tidak dapat dipulihkan lagi dan perjanjian tersebut bertujuan bagi perancangan penjagaan anak dan fokus kepada keluarga mereka,” kata Beovides.

Pasangan itu mula menjalin hubungan pada 2016 dan melangsungkan perkahwinan secara tertutup di Las Vegas pada Mei 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI