fbpx

Pukulan ‘KO’ pertahan gelaran heavyweight

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUBOIS (tengah) berjaya melakukan tumbukan padu ke atas Joshua untuk mempertahankan gelaran heavyweight dunia IBF. - AFP

LONDON – Impian Daniel Dubois untuk mempertahankan gelaran heavyweight dunia IBF berjaya selepas menumbangkan Anthony Joshua dengan pukulan ‘KO’ (knockout) pada pusingan kelima di Stadium Wembley hari ini.

Jaguh tinju berusia 27 tahun itu mempamerkan aksi cukup mengujakan dihadapan 96,000 penonton di Stadium Wembley apabila mendominasi sepanjang perlawanan terutama menjatuhkan bekas juara heavyweight dunia itu dua kali di pusingan pertama dan kedua.

Pada pusingan kelima, Dubois hampir terperangkap kepada ‘helah’ Joshua tetapi dia bangkit memberikan tumbukan tangan kanan tepat menghinggap muka lawannya yang gagal bangkit sebelum tamat kiraan 10 saat.

“Saya hanya mempunyai beberapa perkataan untuk dikatakan, adakah anda tidak terhibur?. Saya seorang gladiator dan pahlawan yang berjuang hingga ke penghujung perlawanan,

“Saya mahu mencapai tahap tertinggi dalam sukan ini dan mencapai potensi penuh saya,” kata Dubois.

Joshua memberi bayangan bahawa dia akan meneruskan perjuanganya dalam sukan tinju walaupun terpaksa melalui kekalahan yang memeritkan di Wembley awal pagi semalam.

“Kami gagal sebagai satu pasukan dan pada perlawanan tersebut saya memang bersedia untuk bertarung habis-habisan. Sebelum ke sini, saya selalu ingatkan diri bahawa saya adalah pejuang terbaik.

“Pada hari ini saya berhadapan lawan yang pantas dan tajam tetapi banyak kesilapan daripada pihak saya,” kata Joshua yang kini mencatat kekalahan keempat dalam 32 pertarungan. – AGENSI

CAPTION

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI