fbpx

Luahan Pembaca: Buat konten jangan sampai kacau bilau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SETIAP pengguna perlu lebih bertanggungjawab ketika berkongsi sebarang bentuk maklumat atau konten di media sosial.

Saudara Pengarang,

KES ‘abang bas’ mengundang pelbagai pendapat termasuk kecaman daripada pelbagai lapisan masyarakat. Namun, ada juga netizen yang menzahirkan rasa kasihan dan sanggup menghulurkan bantuan untuk membayar wang ikat jamin ‘abang bas’ yang berjumlah RM40,000.

Sebagai pakar literasi media dan maklumat, saya melihat kes ‘abang bas’ dari dua perspektif, yang pada hemat saya perlu dititikberat.

Pertama, tanggungjawab setiap orang sebagai pencipta kandungan.

Sebagai pemilik akaun media sosial, salah satu perkara asas yang tidak boleh dipandang enteng adalah kemahiran untuk menilai kesan perkongsian pendapat atau bahan visual terhadap keselamatan, privasi dan hak seseorang.

Kadang kala, maklumat yang dikongsi di platform media sosial secara sengaja atau tidak sengaja ini berupaya menimbulkan kacau bilau, pertikaian dan lebih parah lagi adalah kematian.

Misalnya, di India, beberapa orang lelaki telah menjadi mangsa pembunuhan oleh penduduk kampung yang mempercayai maklumat salah yang tular melalui WhatsApp yang menuduh mereka sebagai penculik

Kedua, kepentingan untuk menjaga privasi diri dan keluarga, terutamanya untuk anak-anak bawah umur.

Kita perlu sedar bahawa setiap pemilik akaun media sosial adalah pempengaruh, waima jumlah pengikut (followers) dalam akaun media sosial hanya boleh dikira dengan jari.

Semua konten yang dikongsi di media sosial meninggalkan jejak digital, sama ada boleh ditangkap layar, dikongsi semula atau disunting menggunakan tekonologi AI untuk menjadi kandungan yang bersifat hasad, tidak elok dan memberikan pelbagai kesan negatif.

Perkongsian yang pada hari ini dilihat sebagai naif, mempunyai potensi untuk menjadi racun dan ‘membunuh’ pada masa akan datang.

Prof Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh
Ketua Program Media Komunikasi
Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI