fbpx

Ketiadaan jeneral amat dirasai KL City

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOSUE (tengah) tidak beraksi ketika KL City tewas mengejut 0-1 kepada Perak di Ipoh kelmarin.

PENGENDALI Kuala Lumpur City FC (KL City), Miroslav Kuljanac tidak mampu untuk mengeluh walaupun terpaksa akur dengan kekalahan 0-1 kepada Perak pada aksi Liga Super di Stadium Perak kelmarin.

Turun tanpa kelibat ketua pasukan, Paulo Josue, The City Boys seakan hilang jeneral di dalam padang, namun Kuljanac percaya pemain diturunkan sudah menghadirkan permainan sehabis baik.

“Seperti dijangkakan, perlawanan yang sukar dan kedua-dua pasukan ada kualiti yang sama. Kami ada dua peluang terbaik di babak pertama tetapi tanpa Paulo (Josue) adalah sesuatu yang sukar.

“Adakalanya beginilah bola sepak, kami sebenarnya ada peluang untuk jaringkan gol dan menjadikan perlawanan ini sedikit berbeza. Saya tidak katakan tanpa Paulo kami tidak boleh menang.

“Kami tiada lagi pilihan dan sekarang saya tidak boleh kata apa-apa lagi dengan pemain,” katanya.

Jaringan tunggal Luka Milunovic sudah memadai buat The Bos Gaurus mencatat kemenangan sulung di Ipoh dalam saingan Liga Super musim ini.

Keputusan itu pastinya sedikit mengganggu momentum KL City yang akan menentang Borneo FC dalam saingan Kejuaraan Kelab ASEAN (ACC) di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras pada Khamis ini.

“Kami terpaksa lakukan penggiliran, namun gagal menyudahkan peluang kerana mungkin mereka yang bermain tidak beraksi di posisi asal mereka,” tambah Kuljanac.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI