fbpx

Banjir Kedah: Ronda kampung guna bot elak pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (kanan) bersama beberapa rakan mengambil inisiatif membuat rondaan menggunakan bot di beberapa kampung di sekitar kawasan Alor Ali, Pendang, hari ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

PENDANG – Lebih 2,000 penduduk di empat kampung di kawasan Tanah Merah, di sini resah apabila kawasan rumah digenangi banjir termenung sejak seminggu lalu.

Menurut Penduduk Kampung Alor Ali, Ahmad Shafie, 34, rumahnya masih ditenggelami banjir dan dijangka surut lima hari lagi.

“Hampir kesemua penduduk telah berpindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan kawasan kampung sunyi.

“Jadi saya dan rakan ambil inisiatif ronda beberapa kampung menempatkan kira-kira 500 rumah dengan bot,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, rondaan dilakukan di Kampung Alor Ali, Kampung Alor Mengkuang dan Kampung Tok Pauh untuk memastikan kawasan kampung selamat daripada kejadian pecah rumah.

“Kami ronda pada sebelah pagi dan petang. Hasil pemerhatian air surut tapi sedikit sahaja iaitu kira-kira dua inci,” jelasnya.

Penduduk kampung sama, Mohd. Rashidi Muda, 48, yang melakukan kerja-kerja kampung berkata, rumahnya sudah seminggu ditenggelami banjir.

“Kami pindah ke PPS, saya dan isteri kadang-kadang balik untuk tengok rumah dan bagi tujuh ekor kucing makan. Kalau tengok sungai, air masih tinggi dan mungkin ambil masa surut sepenuhnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI