fbpx

Pekerja kontrak warga asing mati dibunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI PETANI – Seorang pekerja kontrak warga Myanmar ditemui mati dipercayai dibunuh di sebuah rumah di tapak projek perumahan berdekatan Bandar Puteri Jaya, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 30-an ditemui dalam keadaan berlumuran darah dengan kesan tikaman di bahagian rusuk sebelah kiri dan tetakan pada lengan kiri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mangsa dipercayai dibunuh dalam satu kes pergaduhan.

“Hasil siasatan juga mendapati pergaduhan bukan disebabkan mabuk kerana kita tidak menjumpai botol arak di lokasi kejadian dan pergaduhan mungkin disebabkan perkara lain.

“Setakat ini saksi kejadian yang merupakan rakan-rakan mangsa belum dapat dikesan berikutan masing-masing telah melarikan diri,” katanya ketika ditemui sewaktu menghadiri program bersama Perkeso, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya kini masih mengesan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Wan Azharuddin berkata, pihaknya menerima sebanyak 300 laporan polis daripada mangsa banjir dan ribut di daerah Kuala Muda, baru-baru ini.

“Setakat ini hanya satu kes membabitkan kemalangan jiwa yang dilaporkan iaitu kes lemas akibat arus deras membabitkan seorang lelaki berusia 30 tahun di Jeti Pasar Bisik Ikan, Kota Kuala Muda pada Selasa lalu,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI