fbpx

CEO wanita hilangkan diri selepas kelui meletup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail Cristiana. - Foto media sosial

BUDAPEST – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) BAC Consulting berpangkalan di Hungary, Cristiana Barsony-Arcidiacono menafikan terlibat dalam kejadian letupan alat kelui di Lebanon, lapor portal berita Middle East Monitor kelmarin.

Selepas syarikatnya didedahkan telah mendapat lesen mengeluarkan alat kelui itu daripada pengeluar asal Taiwan, Gold Apollo, Cristiana, 49, memberitahu saluran berita NBC News bahawa dia tidak terlibat dalam pembuatan peranti tersebut.

“Saya hanya orang tengah,” katanya.

Dalam kejadian pada Selasa lalu, seramai 12 orang maut dan lebih 2,000 orang cedera di Lebanon akibat letupan alat kelui.

Wanita itu tidak muncul di khalayak ramai selepas syarikatnya didedahkan sebagai pengeluar alat kelui tersebut.

Jiran-jirannya juga menyatakan bahawa mereka tidak melihat Cristiana.

Dia tidak membalas mesej yang meminta ulasan berhubung kejadian tersebut.

Apartmennya di sebuah bangunan lama di Budapest juga telah ditutup.

Cristiana boleh bertutur dalam tujuh bahasa, mempunyai Ijazah Doktor Falsafah (Phd) dalam bidang fizik zarah dan tinggal di unit apartmen itu.

Dia tinggal di bangunan tersebut sejak dua tahun lalu dan digambarkan sebagai seorang yang baik. – AGENSI

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI