fbpx

Harga Kimchi melambung tinggi di Korea Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail kimchi. - Foto AGENSI

SEOUL – Rakyat Korea Selatan berdepan lonjakan harga hidangan popular, kimchi selepas gelombang haba melampau memusnahkan sebahagian besar tanaman kubis negara itu, lapor portal berita Ashraq Al-Awsat kelmarin.

Harga sebiji kubis yang digunakan untuk membuat kimchi melonjak 69.1 peratus sejak setahun lalu kepada kira-kira 9,337 won (RM30), demikian menurut firma kendalian kerajaan, Agro-Fisheries & Food Trade Corporation.

Ahli virologi Institut Sains Tanaman Negara, Lee Young-gyu berkata, peningkatan suhu musim panas membawa kepada ketidakstabilan bekalan, terutamanya kubis tanah tinggi yang tumbuh subur dalam iklim sejuk.

“Perubahan iklim telah mengubah corak penyakit tanah.

“Sebagai contoh, penyakit kulat bawaan tanah menyebabkan akar reput dan kubis cepat layu,” katanya.

Tambah Lee, terdapat juga laporan mengenai anak benih kubis yang mati akibat cuaca panas melampau atau ‘hangus’ di bawah sinaran matahari yang terik.

Baru-baru ini, Pentadbiran Pembangunan Luar Bandar Korea Selatan menubuhkan sebuah institut penyelidikan khusus bagi menangani ketidakstabilan bekalan kubis di kawasan tanah tinggi.

Badan itu memberi amaran bahawa jika tiada langkah diambil untuk menangani perubahan iklim, kawasan yang sesuai untuk penanaman kubis musim panas boleh lenyap menjelang 2090. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI