fbpx

Tak mustahil UMNO tubuh pakatan baharu dengan PKR, DAP – Tajuddin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pengarah Pilihan Raya UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak kemungkinan wujudnya pakatan baharu merangkumi PKR dan DAP bagi berhadapan dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Jelasnya, UMNO perlu melakukan sesuatu bagi memastikan parti itu dapat bertahan pada masa akan datang, lebih-lebih lagi jika mereka berada dalam keadaan ditekan.

“UMNO akan fikir bagaimana untuk bertahan serta bangkit semula sebagai sebuah parti politik yang hebat dan perkasa.

“Apa juga pendekatan diambil, dengan siapa yang nak bekerjasama dan selagi matlamat perjuangan UMNO tak dikompromi serta agenda Melayu, Islam, raja-raja Melayu dan hak-hak istimewa tak dikompromi, apa salahnya?” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Pada masa sama, Tajuddin berharap Pas akan terus bersama UMNO di dalam Muafakat Nasional (MN).

“Kami rayu dan pujuk Pas agar setia dengan kita dalam MN. Kita dulu dah ikrar begitu,” katanya.

Mengulas tentang peletakan jawatan Ahli Parlimen Machang, Datuk Ahmad Jazlan Yaakob, sebagai Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) berkuat kuasa Rabu ini, katanya, ia mungkin mencetuskan lebih banyak tindakan serupa daripada Ahli Parlimen UMNO yang lain.

“Tanpa sokongan Ahli-Ahli Parlimen UMNO, Perikatan Nasional (PN) tak boleh berdiri tegak. Ahmad Jazlan mungkin dah tunjuk henti sokongan kepada PN.

“Kalau perkara ini berterusan tak tahulah berapa orang lagi tarik diri. Saya percaya ia pencetus, kemuncak tidak puas hati UMNO terhadap Bersatu yang jadi teraju kerajaan PN,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI