fbpx

Terbuka China: Soon Huat-Shevon akur naib juara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT-SHEVON menampilkan aksi cukup baik ketika tewas kepada Yan Zhe-Dong Ping pada perlawanan akhir Terbuka China sebentar tadi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Hasrat beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai untuk melakar sejarah baharu tidak kesampaian apabila terpaksa berpuas hati dengan gelaran naib juara pada Kejohanan Badminton Terbuka China.

Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou sebentar tadi, gandingan No.12 dunia itu tewas 21-16, 14-21, 17-21 kepada wakil tuan rumah, Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping dalam tempoh 71 minit.

Kekalahan tersebut sekali gus meleburkan impian mereka untuk menjadi beregu campuran pertama Malaysia yang memenangi kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Biarpun tidak dapat membawa pulang kejuaraan, namun pasangan suami isteri itu sekurang-kurangnya berjaya menyamai pencapaian gandingan Chan Peng Soon-Goh Liu Ying yang turut menjadi naib juara pada edisi 2012.

Selaku naib juara, Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$70,000 (RM294,350) berserta trofi manakala Yan Zhe-Dong Ping meraih AS$148,000 (RM622,340) dan juga trofi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI