fbpx

[VIDEO] Amuk berparang selepas ditegur buang sampah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular kejadian lelaki mengamuk bersenjatakan parang di Telok Panglima Garang, semalam.

KUALA LANGAT – Berang ditegur muntah dan buang sampah keluar dari kenderaannya menyebabkan seorang lelaki mengamuk  bersenjatakan parang di Telok Panglima Garang di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 10.50 malam.

“Setibanya di lokasi kejadian, anggota polis memberkas seorang lelaki tempatan yang didapati memegang sebilah parang.

“Turut ditahan, seorang lagi lelaki dan dua wanita tempatan. Kedua-dua pasangan kekasih itu berusia 22 hingga 24 tahun,” katanya hari ini.

Tambah beliau, kesemua suspek direman tiga hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 dan 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan dan Letupan Senjata Berbahaya di Tempat Awam.

“Justeru, polis menasihatkan orang awam supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, satu rakaman video berdurasi 52 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki mengamuk dengan bersenjatakan parang.

Berdasarkan perkongsian netizen, beberapa rakaman video turut menunjukkan tindakan pantas polis yang berjaya menahan suspek di lokasi kejadian.  – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI