fbpx

Supermoon pada 18 September punca banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Banjir beberapa kawasan di negara ini pada 18 September lalu mungkin turut disebabkan oleh Supermoon.

PUTRAJAYA – Seorang pakar falak terkenal tanah air tidak menolak kemungkinan bahawa banjir beberapa kawasan di negara ini pada 18 September lalu disebabkan Supermoon.

Prof. Datuk Dr. Mohd. Zambri Zainuddin ketika dihubungi berkata, air laut di pantai akan mengalami situasi pasang besar sepanjang tempoh berlaku fenomena berkenaan.

“Kelazimannya, apabila terjadi Supermoon, maka ini bermakna jarak kedudukan bulan itu berada paling hampir dengan bumi atau dirujuk saintis falak sebagai perigee,” katanya.

Beliau mendedahkan perkara itu ketika ditanya mengenai kaitan antara bulan dan peristiwa banjir di banyak kawasan wilayah utara Semenanjung Malaysia yang agak luar biasa.

Pada tarikh tersebut, bulan dilaporkan agak dekat dengan bumi iaitu jarak 357,486 kilometer sahaja ketika berlaku Supermoon pukul 2.34 pagi GMT (10.34 pagi waktu Malaysia).

Kedudukan berkenaan disifatkan lebih hampir berbanding Supermoon yang pertama kali muncul untuk tahun ini pada 20 Ogos lepas dengan jarak direkodkan 361,970 kilometer.

Mengulas lanjut, Mohd. Zambri menambah, fenomena pasang surut air laut memang dikenal pasti sejak sekian lama berkait rapat dengan senario posisi bulan dari bumi.

“Apabila bulan berada terlalu rapat dengan bumi, maka keadaan air pasang besar pun boleh berlaku dan seterusnya terjadi pula situasi banjir di kawasan yang terbabit,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI