fbpx

GISBH: PBT Terengganu bertindak selepas Muzakarah MKI bersidang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Restoran Ikhwan di Jalan Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu yang tidak beroperasi sejak Jumaat lalu. Foto oleh TENGKU DANISH BAHRI TENGKU YUSOFF

KUALA NERUS – Kerajaan negeri Terengganu menunggu keputusan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI) sebelum mengambil tindakan lanjut terhadap dua premis perniagaan milik GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) yang terdapat di negeri ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, tindakan pembatalan lesen perniagaan atau penutupan premis restoran dan kedai bakeri milik organisasi terbabit hanya akan diambil pihak berkuasa tempatan (PBT) terlibat selepas Muzakarah MKI membuat ketetapan rasmi kelak.

“Difahamkan muzakarah itu akan berlangsung tidak lama lagi. Setakat ini, (premis perniagaan milik GISB) masih tidak tutup secara rasmi tapi kita lihat tiada orang yang pergi membeli,” katanya ketika ditemui pada sesi townhall bersama mahasiswa kelahiran Terengganu di sini, hari ini.

Terdahulu Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff memberitahu
Muzakarah MKI akan akan bersidang selama tiga hari bermula lusa bagi membuat keputusan status doktrin GISBH.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Samsuri berkata, berdasarkan pemantauan pihak berkuasa, gerakan GISBH di Terengganu masih terkawal dan tidak terlalu menonjol berbanding beberapa negeri-negeri lain.

“Saya difahamkan siasatan (terhadap GISBH) telah lama dilakukan dan kita serahkan semuanya kepada pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, tinjauan mendapati dua premis perniagaan milik GISB yang terdapat di Terengganu iaitu sebuah restoran terletak di Jalan Sultan Zainal Abidin da kedai bakeri di Wisma Khaleeda, Jalan Tengku Mohamad, Gong Badak, Kuala Nerus sudah tidak beroperasi sejak Jumaat lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI