fbpx

UTM sedia skim bantuan bantu pelajar B40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UTM menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu penuntut universiti itu daripada golongan keluarga B40 menyambung pengajian mereka.

JOHOR BAHRU – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan pelbagai inisiatif bagi membantu setiap individu yang layak meneruskan pengajian secara akademik di universiti awam itu dapat berbuat demikian.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Ahmad Fauzi Ismail berkata, antara inisiatif disediakan termasuklah skim bantuan kewangan dan kebajikan, bantuan sara hidup serta bantuan zakat.

“Ini termasuk menyediakan sistem bantuan kewangan kepada penuntut kurang berkemampuan, internet, kemudahan riadah serta harga makanan berpatutan. Program Menu Rahmah juga masih diteruskan di UTM,” katanya di sini, hari ini.

Tambah Ahmad Fauzi, pihaknya menganggarkan seramai 3,508 penuntut baharu akan mendaftar masuk ke universiti itu bagi pengajian Sarjana Muda Sepenuh Masa untuk sesi akademik bermula 28 September ini.

“Seramai 3,289 penuntut akan mendaftar di kampus UTM Johor Bahru, manakala 219 penuntut lagi di kampus UTM Kuala Lumpur. Seramai 1,160 penuntut baharu pula adalah daripada keluarga B40,” jelasnya lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI