fbpx

Nak cari rezeki tapi jumpa lelaki terapung pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa dipindahkan ke bot Polis Marin sebelum dibawa ke Jeti Marina Island, Lumut untuk dibawa ke Hospital Seri Manjung, semalam. - Foto IHSAN APMM

LUMUT – Kru sebuah bot nelayan tempatan (BNT) telah menemui seorang lelaki yang terapung pada jarak 29.8 kilometer selatan Pulau Pangkor kira-kira pukul 9.40 pagi semalam selepas disyaki terjatuh ke laut di perairan Pulau Sembilan, di sini.

Pengarah Maritim Negeri Perak, Kepten Maritim Mohamad Shukri Khotob berkata, kru BNT berkenaan telah membuat aduan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim (APMM) Perak untuk mengambil mangsa, Mohd. Danish Rozaile, 22, yang berada di atas bot terbabit bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“APMM mengatur gerak Bot PSC 24 Marin dari Pasukan Polis Marin (PPM) dan Bot FCB 1030 dari Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ke lokasi tersebut untuk beri bantuan kepada mangsa yang merupakan seorang nelayan.

“Bot PSC 24 Marin telah berjaya pindahkan mangsa dari BNT terbabit seterusnya bawa mangsa ke Jeti Penumpang Marina Island di Lumut untuk dibawa menaiki ambulans ke Hospital Seri Manjung bagi rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, APMM mengingatkan kepada komuniti maritim untuk mematuhi peraturan serta menjaga keselamatan diri apabila turun ke laut khususnya ketika cuaca dan keadaan laut yang tidak menentu ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI