fbpx

Op Global: Tindakan jangan sampai menganiaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad (tiga dari kiri) meninjau 'dapur rakyat' yang diwujudkan bagi memberi makanan percuma kepada mangsa banjir di Kompleks Pas Pokok Sena, Alor Setar, hari ini.

ALOR SETAR – Dewan Ulama Pas Pusat (DUPP) menyokong tindakan tegas yang diambil ke atas Global Holdings Sdn. Bhhd. (GISBH), namun berharap ia tidak bersifat menganiaya.

Ketuanya, Datuk Ahmad Yahaya berkata, pihaknya menyokong tindakan tegas ke atas mana-mana pihak termasuk GISBH
sekiranya siasatan mendapati berlaku perkara bertentangan akidah dan melanggar undang-undang.

“Kalau siasatan dapati berlaku penyelewengan akidah, maka tindakan tegas perlu diambil. Begitu juga kalau mereka lakukan kesalahan jenayah seperti penipuan atau penindasan terhadap kanak-kanak.

“Cumanya tindakan itu jangan sampai menganiaya. Kalau berlaku penyelewengan akidah, jangan pula ambil tindakan kepada perniagaan mereka jika tiada penipuan serta memberi khidmat dan kemudahan kepada masyarakat,” katanya pada sidang akhbar di Markas Pas Pokok Sena, di sini hari ini.

Mengulas tindakan negeri yang telah mengisytiharkan ajaran itu sebagai sesat, Ahmad Yahaya berkata, setiap jabatan agama serta jabatan mufti di sesebuah negeri berhak berbuat demikian berdasarkan kajian dibuat di tempat masing-masing.

“Maka, terserah kepada pihak berkuasa masing-masing. Kita juga serahkan kepada pihak polis, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta pihak berkuasa lain untuk menangani isu ini,” katanya.

Ditanya sama ada terdapat ahli Pas Kedah yang terlibat dengan syarikat tersebut, Ahmad Yahaya berkata setakat pengetahuannya, tiada antara mereka yang terbabit dalam isu berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI