SEBERANG PERAI – Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan terapung di Rumah Pam Taman Chai Leng, Perai di sini hari ini.
Mayat mangsa yang dikenalpasti sebagai K. Saravanan, 29, itu ditemui orang awam sebelum bomba menerima panggilan pada pukul 5.24 petang.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya dipanggil bagi membantu mengangkat mayat terbabit.
“Mayat didapati terapung dalam keadaan tertiarap di dalam sungai.
“Wakil Kementerian Kesihatan mengesahkan mangsa meninggal dunia dan mayat kemudiannya diserah kepada polis bagi tindakan selanjutnya,” katanya kepada pemberita hari ini.
Operasi itu digerakkan oleh anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Perai. – K! ONLINE