fbpx

Dalang utama ‘counter setting’ ditahan semula, direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek ketika dibawa untuk proses reman di Mahkamah Majistret Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Seorang pegawai imigresen yang dipercayai dalang utama sindiket ‘counter setting’ ditahan semula semalam dan direman selama tujuh hari, bermula hari ini di Mahkamah Majistret di sini.

Perintah reman terhadap suspek lelaki berusia 49 tahun itu dikeluarkan Majistret Mohd. Sabri Ismail selepas permohonan dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor.

Suspek sebelum ini direman di Seremban, Negeri Sembilan bermula Khamis lalu hingga hari 23 September ini, namun dia dibebaskan awal.

Penangkapan suspek dibuat kira-kira pukul 1 tengah hari semalam di pejabat SPRM Negeri Sembilan di Seremban.

Sumber memaklumkan, lelaki itu yang bertugas di kaunter Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang telah bersekongkol dengan ejen-ejen sindiket tersebut.

“Ini bagi membenarkan warga asing yang tiba menerusi KLIA1 dan KLIA2 masuk secara tidak sah,” katanya.

Pada prosiding itu, suspek diwakili Peguam Shahidah Muslimah Roslan.

Sementara itu, Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan tangkapan suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Media sebelum ini melaporkan SPRM sedang memburu seorang pegawai imigresen disyaki ‘berpengaruh’ dalam sindiket membawa masuk warga asing menggunakan modus operandi ‘counter setting’.

Pegawai terbabit dilapor sudah melarikan diri sebaik saja operasi siasatan kes itu bermula, bagaimanapun dia dipercayai masih berada di dalam negara.

Setakat ini, seramai 60 individu termasuk 50 pegawai agensi penguat kuasa bersekongkol dalam kegiatan ‘counter setting’ di pintu negara ditahan SPRM.

Daripada 50 penguat kuasa yang ditahan, seramai 49 orang adalah pegawai JIM dan seorang lagi merupakan anggota wanita daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berpangkat Sarjan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI