fbpx

Dasar berkecuali Malaysia harus dimanfaat sebagai negara perdagangan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FADILLAH (tengah) menyempurnakan gimik pelancaran Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Tahun 2024 di Hotel Holiday Villa, Johor Bahru, hari ini.

JOHOR BAHRU – Dasar luar Malaysia yang berpaksikan pegangan bebas dan berkecuali khususnya melibatkan aspek politik perlu dimanfaatkan sebaiknya sebagai sebuah negara perdagangan antarabangsa.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof sehubungan itu berkata, Malaysia perlu mengambil peluang hasil hubungan akrab dengan Amerika Syarikat, China dan Rusia untuk menarik pelaburan semua pihak.

Menurut beliau, dasar berkecuali yang diamalkan negara ini bukan perkara baharu sebaliknya telah dikenali di peringkat global, tambahan Malaysia mempunyai pendirian sendiri khususnya melibatkan soal geopolitik antarabangsa.

“Malaysia adalah sebuah ‘trading nation’, dasar kita berkecuali dan kita berkawan dengan semua pihak di peringkat global tetapi bukan melibatkan soal politik, sebaliknya perdagangan dan ekonomi.

“Sebagai sebuah negara kecil, kita perlu imbangi hubungan dengan Amerika Sangat, China, Rusia dan negara-negara Eropah. Kita perlu kenal pasti kelebihan setiap negara dan adakan kerjasama demi manfaat rakyat Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Hari Inovasi dan Persidangan Pengurus Kanan dan Jurutera Daerah Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia Tahun 2024 di Hotel Holiday Villa, di sini hari ini.

Pada 18 Jun lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu Malaysia telah menyampaikan hasrat menyertai BRICS kepada Presiden Brazil, Luiz Inácio Lula da Silva. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI