fbpx

Kematian Nidza Afham kekal disiasat mati mengejut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemergian arwah ditangisi bukan sahaja keluarga dan sahabat, bahkan meruntun hati ramai rakyat Malaysia.

SHAH ALAM – Kes kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar tiada unsur jenayah dan masih diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan pihaknya tidak menemui sebarang elemen jenayah mengenai kes penemuan mayat mangsa di sekitar Sungai Klang di sini, pada 14 Ogos lalu.

“Siasatan menyeluruh kes itu masih dijalankan mengikut SDR. Kertas siasatan itu akan dilengkapkan dan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) dalam masa terdekat.

“Kes berkenaan kini hampir selesai dan tiada unsur jenayah,” katanya ketika ditemui pada program Larian Marathon Selangor Police Integrity 2024 di Stadium Sultan Suleiman di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, Allahyarham Nidza Afham, 23, hilang selepas keluar dari rumahnya di Bandar Puteri, Klang untuk berjoging, kira-kira pukul 7.45 petang, 13 Ogos lalu.

Kehilangan peserta rancangan realiti Can See Your Voice 3 itu terungkai selepas mayatnya ditemui di Sungai Klang iaitu satu kilometer dari jambatan berkenaan, kira-kira pukul 7.30 petang keesokan harinya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI