fbpx

Prasarana nafi lewat bayar subkontraktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tajuddin

KUALA LUMPUR – Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menafikan dakwaan mereka menahan bayaran RM700 juta kepada 17 subkontraktor dan firma perunding projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) sejak Julai lalu.

Pengerusinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, pihak tersebut sepatutnya membuat tuntutan bayaran kepada MRCB George Kent Sdn. Bhd. (MRCBGK) selaku kontraktor utama projek berkenaan.

“Kami telah bayar RM3.468 bilion kepada MRCBGK setakat 2 Oktober tahun lalu. Pihak yang menuntut adalah subkontraktor, mereka bukan kontraktor Prasarana.

“Kalau ada masalah, nak bayaran atau ada isu berkaitan wang, pergilah kepada MRCBGK. Ia bukan masalah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tindakan 17 subkontraktor dan firma perunding berkenaan yang menulis surat kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Wee Ka Siong pada 20 Disember lalu memaklumkan mereka mengenai isu bayaran itu.

Pada masa sama, Tajuddin tidak menafikan berlakunya kelewatan bayaran tuntutan daripada kontraktor namun ia bukan sebagaimana yang dilaporkan iaitu sehingga enam bulan tunggakan.

Mengulas tentang isu membabitkan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana, Muhammad Nizam Alias yang kini digantung tugas, Ahli Lembaga Pengarah syarikat tersebut membuat keputusan menubuhkan jawatankuasa khas bagi menyiasat perkara berkenaan.

“Jawatankuasa itu terdiri daripada tiga orang Ahli Lembaga Pengarah Prasarana, yang mana mereka akan mengkaji dan meneliti jawapan diberikan Nizam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI