fbpx

2 lori hilang sekelip mata ‘ditelan’ lubang benam gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DUA buah lori 'ditelan' sebuah lubang benam di Busan. - Foto Yonhap

SEOUL  – Dua buah lori tenggelam di dalam sebuah lubang benam gergasi yang terbentuk selepas  hujan lebat di bandar raya Busan, Korea Selatan, lapor portal berita The Korea Times semalam.

Lubang benam itu berukuran 10 meter X  5 meter dengan kedalaman 8 meter. 

Menurut pihak berkuasa tempatan, kedua-dua trak itu ‘ditelan’ lubang itu sekitar pukul 8.45 pagi (waktu tempatan) awal semalam. 

Namun, tiada laporan tentang kecederaan dalam kejadian itu. 

Bandar Busan itu dilanda hujan lebat sejak kelmarin. 

Tidak sampai sebulan yang lepas, penduduk Korea Selatan dikejutkan dengan pembentukan sebuah lubang benam gergasi  di Seoul.

Sepasang suami isteri warga emas yang menaiki sebuah kenderaan cedera akibat kejadian itu. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI