fbpx

Dibebaskan sementara, Da’i Syed bawa anak, isteri ambil angin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Syed dilepaskan sementara dari Penjara Kajang bagi menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

PETALING JAYA – Menikmati momen sebagai bapa, pendakwah selebriti Da’i Syed yang dilepaskan sementara dari Penjara Kajang bagi menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi memilih menghabiskan masa dengan anak dan isterinya.

Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, 25, dilihat mengambil angin dipercayai di kawasan kediamannya sambil menolak kereta sorong permata hati, Sharifah Fatma Nour Jamalullail.

Menerusi perkongsian video dalam Insta Story, bapa muda itu menggunakan lagu La Petite Fille de la mer sebagai latar video berkenaan.

Menariknya, lagu berbahasa Perancis tersohor itu berkisar tentang kasih sayang terhadap anak perempuan sekali gus menggambarkan perasaannya terhadap permata hatinya.

Zuriat pertama hasil perkahwinan dengan pengacara Hana Ismail itu dilahirkan pada 14 Ogos, namun Da’i Syed terpisah dengan bayinya 16 hari kemudian selepas Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan.

Hukuman itu adalah atas kesalahan merogol seorang wanita di sebuah kondominium lima tahun lalu.

Begitupun, penangguhan hukuman bagi menunggu keputusan rayuan mencetuskan salah faham segelintir individu yang mendakwa wujud ‘kabel’ sehingga lelaki itu dapat membuat rayuan sekali lagi.

Susulan itu, seorang peguam yang dikenali sebagai Dr. Mahmud Jumaat menjelaskan mengenai penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan sebat diperoleh Syed.

Mahmud memaklumkan penangguhan pelaksanaan hukuman diperoleh pendakwah terbabit adalah prosedur biasa sekali gus tiada kaitan dengan dakwaan kononnya mahkamah boleh ‘dibeli’.

Sebelum ini, hakim Mahkamah Sesyen menolak permohonan tertuduh menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas untuk itu.

Bagaimanapun, pasukan pembelaan membuat rayuan di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas sabitan dan hukuman diputuskan hakim Mahkamah Sesyen.

Pasukan pembelaan turut memfailkan notis usul untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di bawah Seksyen 311 Kanun Acara Jenayah.

Difahamkan ini adalah proses biasa bagi mana-mana pesalah kerana apabila permohonan penggantungan pelaksanaan hukuman ditolak di Mahkamah Sesyen, mereka boleh failkan permohonan kedua di Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI