fbpx

Tindakan terhadap GISBH perlu cermat dan teliti – Pas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Takiyuddin.

PETALING JAYA – Pas mengalu-alukan siasatan yang telus, terperinci serta profesional ke atas pelbagai dakwaan terhadap GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) dan menyokong penuh tindakan tegas diambil ke atas pihak yang didapati bersalah.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, ia sama ada melibatkan aspek kepercayaan dan pegangan agama, mahupun isu-isu lain seperti amalan perniagaan, salah laku seksual, penganiayaan, perbuatan jenayah dan sebagainya.

Bagaimanapun, ujar beliau, keghairahan untuk menghukum GISBH tidak seharusnya memberi kesan buruk ke atas kumpulan itu secara keseluruhan.

“Terutama sekali ahli-ahlinya yang tidak bersalah atau aspek-aspek aktiviti GISBH yang sah, patuh undang-undang dan bermanfaat.

“Dalam hal ini, PAS percaya sisi-sisi positif kumpulan ini, termasuk jaringan perniagaannya yang luas, hendaklah dipelihara dan dilindungi daripada tindakan terburu-buru dan tidak adil.

“Yang mungkin berpunca daripada sentimen melulu, prasangka, persaingan perniagaan atau agenda politik tertentu pihak-pihak yang mahu menangguk di air keruh,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Takiyuddin berkata, banyak kempen dan naratif negatif berkait GISBH tersiar di media sosial yang mahu tindakan segera dan tegas diambil.

Kata beliau, Pas namun menggesa semua langkah diambil mestilah dibuat secara cermat dan teliti bagi memastikan tidak berlaku pengabaian hak, ketidakadilan, dwistandard atau tindakan berlebihan-lebihan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI