fbpx

Mesin cerucuk hangus dijilat api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebuah mesin cerucuk terbakar di Kubang Menerong, Tasek Gelugor hari ini.

SEBERANG PERAI – Sebuah mesin cerucuk musnah selepas enjinnya terbakar dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Kampung Kubang Menerong, Tasek Gelugor di sini hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada pukul 3.43 petang.

“Ketika bomba sampai, terdapat sebuah mesin cerucuk yang terbakar dengan anggaran kemusnahan 70 peratus pada enjin.

“Bomba memadam kebakaran menggunakan satu aliran gelung hos dan satu aliran 200 kaki satu sumpitan sehingga api selesai dipadamkan,” katanya hari ini.

Difahamkan kejadian itu tidak membabitkan sebarang kecederaan dan kemalangan jiwa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI