fbpx

Liga Super: The Cops ‘sekat’ hajat Sabah FC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Benteng pertahanan pasukan PDRM FC cukup kebal mengekang asakan Sabah FC pada aksi Liga Super sebentar tadi. - Foto ihsan MFL

PETALING JAYA – Skuad Polis DiRaja Malaysia (PDRM FC) mempamerkan aksi dalam kelas tersendiri untuk menewaskan Sabah FC 1-0 pada aksi di Stadium MP Selayang sebentar tadi.

Skuad The Cops yang sememangnya cukup kebal di gelanggang keramat mereka apabila turut mengikat Johor Darul Ta’zim (JDT) sebelum ini.

Pada perlawanan itu, skuad The Rhinos kendalian Datuk Ong Kim Swee memiliki beberapa peluang terbaik tetapi gagal disudahkan oleh jentera serangan.

Keputusan pengendali The Cops, P. Maniam untuk memasukkan penyerang sensasi, Ifedayo Olusegun berjaya memberi dimensi baharu kepada jentera serangan tuan rumah pada babak kedua.

Ifedayo muncul wira apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-80 untuk memastikan tuan rumah berjay meraih tiga mata berharga.

Keputusan tersebut menyaksikan Sabah dan PDRM kini berjaya mengutip 14 mata selepas mengharungi 10 perlawanan Liga Super musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI