fbpx

Pemuda mental lari rawatan ditemui selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pemuda yang dikhuatiri hilang di Keda Banggol Petai, Baling semalam ditemui selamat hari ini.

BALING – Seorang pemuda yang melarikan diri ketika menjalani rawatan perubatan di Kedai Banggol Petai, di sini semalam ditemui selamat pada pukul 3.55 petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Mohd Jamil Mat Daud berkata, Mohammad Aqil Muqri Abd Razak, 22, ditemui kira-kira dua kilometer dari pos kawalan bomba.

“Mangsa ditemui dalam keadaan lemah yang mana dia dikesan menerusi tapak kaki dipercayai milik manga pada pukul 11.30 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan seorang pemuda yang mengalami masalah mental dikhuatiri hilang selepas melarikan diri ketika menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan Islam di Keda Banggol Petai, di sini semalam. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI