JAKARTA – Seorang pesohor media sosial di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas berkongsi suaminya berlaku curang dan menjalin hubungan sulit dengan rakan sekerja, lapor saluran berita Detik News semalam.
Menerusi perkongsian di platform TikTok oleh akaun @bucharivien, dia nekad datang ke pejabat mereka dan mendedahkan skandal tersebut kepada pekerja yang lain.
Dia melakukan demikian supaya suami dan kekasih gelapnya dipecat.
“Saya datang ke pejabat mereka dan meminta kedua-duanya dipecat dengan segera.
“Saya mengambil tindakan undang-undang terhadap wanita itu. Saya juga memfailkan perceraian terhadap suami,” demikian menurut keterangan video itu.
Rakaman itu mencatatkan lebih 7.2 juta tontonan dan rata-rata, netizen bersetuju dengan tindakan wanita tersebut.
“Memang bagus! Definisi sebenar bukan ‘hancur’ seorang diri!” kata seorang netizen.
“Saya suka dan puas!” komen netizen lain. – AGENSI