fbpx

Pengantin buat persembahan aerobik semasa majlis kahwin 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan pengantin perempuan bersama pengiringnya membuat senaman aerobik di hadapan tetamu. - Instagram

JAKARTA – Sebuah majlis perkahwinan di Indonesia mengundang perhatian orang ramai selepas pengiring pengantin perempuan membuat kejutan dengan melakukan aktiviti senaman aerobik, lapor portal berita Wolipop semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @ginafaridagardea, wanita-wanita itu dilihat ‘bersenam’ sambil memakai baju kurung. 

Meskipun memakai kasut tumit tinggi, mereka tetap bersemangat untuk membuat persembahan di hadapan tetamu. 

Bahkan, pengantin perempuan juga menyertai kumpulan itu dengan iringan muzik yang rancak. 

“Bridesmaid membuat kejutan  untuk pengantin kesayangan,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih 447,000 tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi daripada netizen. 

“Lain dari lain tetapi mantap!” komen seorang netizen. 

“Saya teringin kejutan seperti ini  tetapi sayangnya saya sudah berkahwin,” kata netizen lain. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI