fbpx

NHCCE kembali 30 September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NHCCE 2024 bakal menemukan pelbagai pakar profesional dalam bidang modal insan dari seluruh dunia di MITEC yang akan berlangsung selama tiga hari bermula 30 September ini. – GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Persidangan pembangunan sumber manusia (HR) terbesar di negara ini yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records iaitu Pameran & Persidangan Modal Insan Kebangsaan (NHCCE) kembali tahun ini dengan mengetengahkan tema Menginsankan Kecerdasan Buatan (AI) Untuk Tenaga Kerja Masa Depan.

Bertempat di Pusat Pa­meran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada 30 September hingga 2 Oktober ini, NHCCE 2024 bakal menghimpunkan minda terbaik berhubung pembangunan modal insan, baik di pe­ringkat antarabangsa mahupun domestik.

Acara tahunan perdana oleh HRD Corp, agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia itu telah mencipta kejayaan besar tahun lalu, setelah menarik lebih 4,000 perwakilan dari seluruh rantau Asia Tenggara.

NHCCE 2024 dijangka lebih menarik dengan skopnya telah diperluaskan untuk merangkumi keseluruhan spektrum pembangunan modal insan dan perniagaan, membuka pentas untuk menentukan wacana pembangunan modal insan yang sete­rusnya.

Menurut HRD Corp dalam satu kenyataan, NHCCE 2024 bakal menampilkan lebih daripada 30 penceramah yang terdiri daripada peneraju pemikir global dalam modal insan, pengamal HR yang berfikiran ke hadapan dan pakar.

Selain itu, lebih daripada 300 pempamer terkemuka turut ha­dir bagi menawarkan produk dan perkhidmatan terkini untuk pe­ningkatan kemahiran, teknologi baharu dan platform kesejahte­raan pekerja.

“NHCCE 2024 berusaha untuk menangani wacana penting me­ngenai peranan AI di tempat kerja dan pemahaman mengenai AI tentang masa depan pekerjaan dan tenaga kerja dengan melihat kaedah untuk menangani cabaran serta memanfaatkan peluang daripada pertumbuhan AI bagi pekerja serta bakat di rantau ini.

“Melalui persidangan ini, perwakilan membincangkan tentang isu perbincangan mengenai amalan terbaik dalam melatih semula dan meningkatkan kemahiran pekerja untuk terus mendahului revolusi AI merentasi pelbagai sektor.

“Agenda lain termasuk memupuk kerjasama antarabangsa dalam membangunkan penyelesaian AI yang melengkapkan kekuatan manusia serta memperjuangkan pelaburan dalam penyelidikan dan pembangunan dipacu AI yang boleh mewujudkan peluang pekerjaan baharu di seluruh rantau ini,” katanya.

Pelbagai program lain yang disusun sempena NHCCE 2024 termasuk persidangan tertutup, aktiviti interaktif, sesi membina rangkaian, acara padanan perniagaan dan kelas pakar.

Sementara itu, antara pence­ramah ternama yang bakal me­­­­n­yampaikan buah fikiran mereka termasuk Mehdi Hasan, wartawan dan pengulas politik British-Amerika yang pernah bekerja dengan

The Guardian, Al Jazeera, Peacock serta MSNBC, di mana beliau menjadi hos rancangan ‘The Mehdi Hasan Show’.

Turut dijadualkan hadir adalah Dr. Jack J. Phillips, pakar global dalam akauntabiliti serta Dr. Justin Cohen, yang merupakan penulis buku terlaris, penceramah global dan peneraju dunia dalam transformasi manusia.

Sebarang maklumat lanjut mengenai NHCCE 2024 boleh dibuat menerusi pautan https://hrdcorp.gov.my/nhcce. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI