fbpx

Stesen minyak catat jualan diesel, RON95 ‘luar biasa’ dalam radar KPDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

KUCHING – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sedang memantau stesen-stesen minyak di seluruh negara yang merekodkan jualan diesel dan RON95 terlalu tinggi dan luar biasa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, ketika ini, sebanyak 38 buah stesen minyak sudah dikenal pasti mencatatkan rekod tertinggi penjualan kedua-dua bahan api itu.

“Daripada jumlah tersebut, tujuh adalah stesen minyak di Sabah dan tujuh buah stesen di Sarawak. Sebahagian besar lokasi stesen minyak yang terlibat ini terletak di daerah-daerah sempadan negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Jelajah Karnival KPDN Peringkat Zon Sarawak 2024 di Tapak Metrocity, Matang dekat sini hari ini.

Justeru, beliau berkata mengambil kira subsidi diesel belum dilaksanakan di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan, pendekatan tambahan yang dilaksanakan adalah untuk memantau dan membuat naziran ke atas stesen-stesen minyak yang didapati mempunyai jumlah jualan bahan api yang amat tinggi.

Sementara itu, Armizan berkata KPDN akan terus memperkasa operasi pemantauan untuk menangani isu ketirisan barang kawalan dan barang kawalan bersubsidi melalui Ops Tiris 3.0. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI