fbpx

Lelaki mental lari ketika rawatan dikhuatiri hilang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pasukan penyelamat melakukan operasi mencari pemuda yang dikhuatiri hilang selepas melarikan diri dari sebuah pusat rawatan Islam di Keda Banggol Petani, hari ini

BALING – Seorang pemuda yang mengalami masalah mental dikhuatiri hilang selepas melarikan diri ketika menjalani rawatan di sebuah pusat rawatan Islam di Keda Banggol Petai, di sini semalam.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superitendan Charan Ai Wan berkata, kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu berlaku ketika lelaki terbabit, Mohammad Aqil Muqri Abd. Razak, 22, datang ke pusat rawatan itu bersama ibu bapanya.

Katanya, mangsa sekeluarga tinggal di Pondok Nurul Islah Parit Panjang, Kupang di sini.

“Semasa mendapatkan rawatan susulan, lelaki terbabit tiba-tiba bertindak agresif dan melarikan diri, sebelum ibu bapanya cuba mengejar tetapi gagal. Mereka cuba mencarinya di sekitar Keda dan kawasan berhampiran, namun tidak menjumpai lelaki itu,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mengikut maklumat daripada bapa pemuda itu, dia didapati mengalami masalah mental secara berperingkat bermula serangan sawan sejak berusia 14 tahun.

“Semasa kejadian di pusat rawatan itu, lelaki terbabit bertindak agresif selepas menjalani rawatan antara 10 hingga 20 minit sebelum berlari keluar tanpa memakai kasut,” ujarnya.

Tambahnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa dilakukan pasukan penyelamat termasuk anggota polis, Unit Anjing Pengesan (K9), bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan penduduk kampung. – KOSMO! ONLINE
.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI