fbpx

Tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang, Cameron Highlands

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN tanah runtuh di Jalan Besar Brinchang di Cameron Highlands hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market Cameron Highlands di sini hari ini.

Kejadian itu menyebabkan laluan tersebut tidak boleh dilalui semua kenderaan selama dua jam sebelum satu laluan dibuka pada pukul 1 tengah hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, kejadian pada pukul 11 pagi itu bagaimanapun tidak melibatkan kemalangan jiwa atau kecederaan pengguna jalan raya.

“Kejadian tanah runtuh menyebabkan laluan Jalan Besar Brinchang berhampiran Agro Market terhalang, pokok dan tiang elektrik tumbang.

“Kejadian turut menyebabkan sebuah kenderaan yang diletakkan berhampiran dihempap tiang elektrik,” katanya hari ini.

Menurut Azri, kerja pembersihan dilakukan dan satu jalan telah dibuka untuk semua kenderaan pada pukul 1 tengah hari. Kerja-kerja pembersihan masih giat dilakukan bagi membuka kedua-dua laluan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Bilik Gerakan di talian 05-4915999 atau mana-mana balai polis berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI