fbpx

Kehilangan Sabari makin misteri, yang jumpa kereta rentung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Proton Waja yang digunakan Sabari (gambar kecil) ditemui dalam keadaan rentung di tapak pembuangan sampah di Hutan Gubir di Sik pada semalam.

BALING – Kehilangan seorang pesara Felcra mencetuskan misteri apabila kereta jenis Proton Waja yang digunakan warga emas itu dijumpai rentung di tapak pembuangan sampah di Hutan Gubir, di sini semalam.

Walau bagaimanapun, Sabari Baharom, 62, yang hilang sejak 4 September lalu masih gagal dikesan sehingga kini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Charan Ai Wan berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai penemuan kereta itu oleh Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sik pada pukul 9 pagi.

Katanya, anggota Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sik dengan bantuan Balai Bomba dan Penyelamat Sik turun ke kawasan gaung itu untuk membuat pemeriksaan ke atas kenderaan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati kereta itu terbakar secara keseluruhan dan hanya nombor casis yang jelas kelihatan. Pemeriksaan nombor casis mendapati Proton Waja itu bersangkut kes Orang Hilang baru-baru ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Ai Wan, pasukan forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mengambil dua sampel sisa kebakaran.

“Bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda menjalankan siasatan di lokasi tersebut, namun tidak menjumpai sebarang petunjuk,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI