fbpx

Mangsa banjir Pulau Pinang dibenar pulang rumah, PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pulau Pinang ketika operasi penutupan sebuah PPS di Seberang Perai Selatan, hari ini.

GEORGE TOWN – Kesemua mangsa banjir yang ditempatkan lima buah pusat pemindahan sementara (PPS) di daerah Seberang Perai dekat sini sudah dibenarkan pulang ke kediaman masing-masing hari ini.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, PPS di Sekolah Rendah Islam Maahad At-Tarbiah Guar Jering, Dewan MPKK Sanglang, Dewan Banjir Lebuh Banting, Sekolah Rendah Lahar Yooi dan Sekolah Rendah Padang Menora sudah pun ditutup kira-kira pukul 12 tengah hari tadi.

“Adalah dimaklumkan bahawa semua PPS di Pulau Pinang kini telah ditutup. Semua mangsa banjir juga telah kembali ke kediaman masing-masing (ketika ini),” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu, sekretariat yang sama memberitahu, paras beberapa air sungai utama di Pulau Pinang bagaimanapun masih berada pada tahap waspada.

Antara adalah Sungai Juru di Seberang Perai Tengah (SPT), Sungai Lahar Endin di Seberang Perai Utara (SPU) dan Sungai Jelutung dalam daerah Timur Laut.

Terdahulu, seramai 259 mangsa banjir terdiri daripada 72 buah keluarga masih ditempatkan di tiga PPS di Seberang Perai setakat pukul 7.18 pagi tadi. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI