fbpx

Peniaga kedai telefon nyaris rentung, 4 rumah kedai hangus terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat buah rumah kedai yang musnah dalam kebakaran di Bandar Lama, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH/ KOSMO!

GUA MUSANG – Empat buah rumah kedai dua tingkat berusia lebih 30 tahun berstruktur kayu musnah dalam kebakaran di Bandar Lama di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, dua keluarga termasuk pengusaha perniagaan sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran berkenaan.

Menceritakan kembali detik cemas yang berlaku, mangsa, Loo Won Bin, 36, berkata, dia menyedari kejadian kebakaran apabila terasa bahang panas yang menyebabkan dia sedar daripada tidur.

Katanya, ketika kejadian, dia bersama dua lagi ahli keluarga iaitu ibunya, Lee Taur Horng, 58, dan adiknya, Loo Jun Hui, 29, sedang nyenyak tidur.

“Saya melihat banyak asap dan berasa bahang yang sangat panas. Saya bangun dan melihat keluar api sedang marak membakar kedai sebelah. Saya terus mengejutkan ibu dan adik dan kami segera keluar menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Won Bin memberitahu, sebanyak empat rumah kedai yang hangus terbakar iaitu kedai telefon miliknya, rumah kedai kosong, kedai cermin mata dan sebuah rumah didiami tiga lagi sekeluarga.

Katanya, dia mengalami kerugian lebih RM100,000 apabila semua telefon, aksesori telefon yang dijualnya dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Perodua Alza milik keluarga musnah dalam kebakaran itu.

Seorang pengurus kedai cermin mata, Wong Thim Thai, 52, pula berkata, dia mendapat tahu kejadian kebakaran kira-kira pukul 3 pagi selepas dimaklumkan oleh seorang rakan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Nor Azizi Che Noh mengesahkan kejadian kebakaran dan siasatan lanjut masih dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI