fbpx

Liga Super: Sri Pahang akur curi satu mata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Misi Sri Pahang untuk melakar kemenangan ke atas KDA FC malam tadi tidak kesampaian. - Foto ihsan KDA FC

PENGENDALI Sri Pahang, Fandi Ahmad mengakui tidak pernah memandang rendah dengan keupayaan Kedah Darul Aman (KDA FC) selepas meraih keputusan seri 2-2 pada aksi Liga Super malam tadi.

Menurut Fandi, keupayaan skuad tuan rumah sudah terbukti dengan membariskan pemain terbaik walaupun sebahagian besar tidak menjalani latihan hampir dua minggu.

“Kita tidak pernah pandang rendah dengan keupayaan Kedah kerana kita tahu mereka bagus. Ini adalah kali pertama kita menentang pasukan yang lama tidak menjalani latihan bersama.

“Namun, barisan pemain lawan masih tahu bagaimana untuk bermain bola sepak walaupun tidak menjalani sesi latihan dan mereka juga begitu cergas untuk bermain.

“Secara peribadi, saya rasa ini adalah keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan kerana kita juga berjaya mencipta peluang sama seperti yang mereka miliki,” kata pengendali kelahiran Singapura itu

Pada perlawanan di Stadium Darul Aman, Alor Setar itu, misi skuad Tok Gajah untuk meraih tiga mata tidak kesampaian selepas Sang Kenari memberikan tentangan sengit sepanjang 90 minit.

Gol-gol pasukan Sri Pahang berjaya dijaringkan oleh Sergio Aguero dan Kpah Sherman manakala Abdul Hali Saari dan Sukhrob Nurlloev meledak buat pasukan tuan rumah.

Keputusan tersebut menyaksikan skuad Pahang kini meraih 11 mata manakala Kedah mengutip sembilan mata selepas mengharungi 10 perlawanan liga musim ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI