fbpx

15 premis GISBH diserbu, 19 kanak-kanak diselamatkan di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBANYAK 15 premis termasuk sebuah kediaman milik individu disyaki terlibat dengan GISB diserbu di Melaka, pagi tadi.

MELAKA – Sebanyak 15 premis termasuk sebuah rumah individu yang disyaki mempunyai kaitan GISB Holdings Sdn. Bhd. (GISBH) diserbu pasukan polis kontinjen negeri ini, pagi tadi.

Seramai lima individu terdiri daripada dua lelaki serta tiga wanita ditahan, manakala 19 kanak-kanak turut ditemui dan diselamatkan dalam serbuan di sebuah kediaman di Kuala Sungai Baru, Alor Gajah.

Serbuan juga dilakukan di rumah amal pertubuhan, kedai bakeri, retoran, kedai langsir, pasar mini, kilang memproses kuetiau dan pejabat pengurusan.

Bagaimanapun, difahamkan kebanyakan premis yang diserbu telah dikosongkan termasuk dua buah rumah banglo yang dijadikan rumah amal pertubuhan itu di Krubong, Melaka Tengah.

Operasi tersebut turut disertai oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Jabatan Kerja Raya (JKR).

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain memaklumkan seramai 31 lagi ahli GISBH termasuk 17 individu yang memegang jawatan di organisasi tersebut berjaya ditahan.

Beliau berkata, semua individu terbabit ditahan dalam operasi bermula 18 September sekitar Kuala Lumpur, Pahang, Negeri Sembilan, Kelantan dan Kedah (Sempadan Malaysia – Thailand).

“Tangkapan terhadap semua individu itu telah menjadikan jumlah tangkapan terkini seramai 200 orang, manakala seramai 139 suspek ditahan sebelum ini telah disambung reman dan 23 lagi diberi jaminan polis atas sebab-sebab tertentu.

“PDRM telah membuka sebanyak 37 kertas siasatan termasuk tiga penambahan kes pada 17 September di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKSTK) 2017 serta satu di Sungai Kapar, Selangor di bawah Seksyen 14 ATIPSOM 2007,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI