fbpx

Isteri kedua CEO GISBH antara diperiksa polis Kelantan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah keluarga CEO GISBH yang diserbu polis di Panji, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Isteri kedua Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISBH Holdings (GISBH) yang sebelum ini ditahan merupakan salah seorang daripada puluhan individu yang diperiksa untuk menjalani saringan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Kampung Panji, di sini hari ini.

Selain wanita itu, warga emas, bayi dan kanak-kanak yang diperiksa menerusi serbuan Op Global itu turut dibawa menaiki tiga van polis untuk menjalani saringan.

Op Global itu turut disertai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik).

Kesemua mereka berusia enam bulan sehingga 70-an itu berada di dalam tiga rumah terbabit yang menjadi penempatan GISBH di Kelantan.

Selain itu, polis turut merampas puluhan buku yang ditanam dan dibakar di tepi sungai berhampiran rumah terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI