fbpx

Pemandu warga emas maut rempuh tayar lori balak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dipandu mangsa selepas merempuh tayar sebuah lori balak di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Jelatok, Tanah Merah hari ini. FOTO IHSAN POLIS

TANAH MERAH – Seorang warga emas maut selepas kereta yang dipandu merempuh tayar belakang sebuah lori membawa muatan balak di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas dekat Kampung Jelatok di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 pagi itu, mangsa, Tan Ah Wang, 71, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan pada bahagian badan dan kaki.

Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintendan Mohd. Haki Hasbullah berkata, siasatan mendapati, sebuah lori jenis Mercedes Benz Prime dipandu seorang lelaki sedang dalam perjalanan dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori tersebut telah berhenti untuk masuk ke simpang sebelah kanan jalan.

“Ketika sedang membelok, sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipandu Ah Wang dan isterinya yang berada laluan bertentangan telah merempuh bahagian tayar belakang lori tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Haki memberitahu, isteri kepada mangsa yang berada di tempat duduk penumpang depan cedera ringan pada bahagian tangan dan dirawat di Hospital Tanah Merah di sini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI