fbpx

Terbuka China: Magis Soon Huat-Shevon ke final

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SOON HUAT (kiri) dan Shevon melakar sejarah tersendiri apabila melangkah ke perlawanan akhir Terbuka China selepas menewaskan beregu tuan rumah, Cheng Xing-Zang Chi. - SHIDDIEQIIN ZON

KUALA LUMPUR – Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai terus mencipta magis pada Kejohanan Badminton Terbuka China selepas memastikan kemaraan ke perlawanan akhir sebentar tadi.

Pada aksi separuh akhir yang berlangsung di Gimnasium Xincheng, Changzhou, pasangan suami isteri itu menyingkirkan wakil tuan rumah, Cheng Xing-Zang Chi menerusi aksi straight set 21-18, 21-18.

Walaupun turun berdepan ribuan penyokong tuan rumah, namun Soon Huat-Shevon tampil dengan aksi cukup kemas biarpun beberapa kali ketinggalan, terutamanya di set kedua untuk menempah aksi final pada saingan Jelajah Dunia Super 1000 itu.

Seawal set pertama, beregu No.12 dunia itu memberikan tekanan cukup tinggi kepada pasangan China menerusi serangan-serangan bertali arus, namun pada satu ketika ketinggalan 15-17 sebelum bangkit mencatat kemenangan 21-18.

Memasuki set kedua, perlawanan semakin sengit apabila kedua-dua pasukan saling bertukar servis selain jurang mata yang tidak begitu ketara, sekali gus menerima tepukan gemuruh penonton.

Bagaimanapun, tuah nyata memihak kepada Soon Huat-Shevon apabila sekali lagi melakukan kebangkitan saat akhir menerusi kemenangan 21-18 biarpun pada awalnya ketinggalan 15-17 kepada beregu No.22 dunia itu.

Sebagai rekod, kali terakhir pemain Malaysia muncul juara pada Terbuka China adalah menerusi legenda badminton tanah air, Datuk Lee Chong Wei ketika memenanginya pada edisi 2015. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI