fbpx

Polis serbu markas GISBH di Bandar Country Homes

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara premis GISBH yang telah disita.

GOMBAK – Polis Kontinjen Selangor, menyerbu kawasan pusat perniagaan yang sebahagian besarnya dimiliki oleh rangkaian GISBH, di Bandar Country Homes, Rawang, awal pagi tadi.

Serbuan dibuat pukul 6.30 pagi oleh 50 pegawai dan 200 anggota Polis Kontinjen Selangor dan Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) serta dibantu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Dalam serbuan itu, polis memeriksa restoran, bengkel kereta, kedai pakaian terpakai, pencetakan, pasar raya, kedai bakeri, pusat khidmat media, hotel, butik, galeri dan bentuk perniagaan lain yang menggunakan nama GISBH.

Selain itu, pihak MPS turut melakukan kerja merobohkan struktur GISBH yang dibina secara salah selain menyita beberapa premis perniagaan.

Dalam pada itu, hampir keseluruhan kawasan di pusat perniagaan Jalan Desa, Bandar Country Homes, ditutup. — KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI