fbpx

Mangsa banjir Kedah meningkat, PM turun padang hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membantu memindahkan penduduk Kampung Padang Luar, Jitra yang terjejas banjir ke PPS, baru-baru ini. Foto oleh SHAHIR NOORDIN/ KOSMO!

ALOR SETAR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan turun bertemu mangsa banjir di tiga pusat pemindahan sementara (PPS) yang dibuka di Alor Setar, pagi ini.

Tiga PPS itu adalah di Stadium Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.

Jumlah mangsa banjir di Kedah pada pagi ini mencecah 7,737 orang daripada 2,439 keluarga yang dipindahkan ke 42 PPS di enam daerah di negeri ini.

Kota Setar menjadi daerah paling teruk terjejas membabitkan seramai 3,495 mangsa daripada 1,136 keluarga sehingga pukul 10.11 pagi ini.

Ia diikuti Kubang Pasu (1,869), Pendang (1,142), Pokok Sena (909), Kuala Muda (184) dan Bandar Baharu (138). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI