fbpx

Pulasan paksa lebih 100,000 orang berpindah 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk memakai baju hujan sambil menunggang motosikal di Shanghai pada Jumaat. - Yin Liqin

BEIJING – Pihak berkuasa Shanghai memindahkan kira-kira 112,000 penduduk selepas beberapa kawasan di bandar raya itu dilanda hujan lebat akibat Taufan Pulasan, lapor portal berita China Daily semalam. 

Menurut Pejabat Kawalan Banjir Perbandaran, sebanyak 54 perkhidmatan kereta api dibatalkan, manakala 26 feri berhenti beroperasi. 

Hujan lebat melanda seluruh Shanghai sejak pukul 2 pagi (waktu tempatan) semalam dengan purata taburan hujan berjumlah 73.28 milimeter (mm) setakat 9 pagi tadi (waktu tempatan). 

“Kira-kira 151 daripada 614 stesen cuaca merekodkan hujan lebat melampau,” katanya.

Stesen meteorologi Yangjiazhai di daerah Fengxian dan stesen meteorologi Taman Nicheng di daerah Pudong merekodkan bacaan lebih 300 mm hujan dalam tempoh cuma enam jam.

Pulasan, taufan ke-14 tahun ini melanda Fengxian sekitar pukul 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin selepas tiba di daratan di wilayah Zhejiang pada hari  sama.

Manakala taufan Bebinca iaitu taufan ke-13 tahun ini membadai pantai Shanghai pada Isnin lalu.

Ia dipercayai taufan paling kuat melanda kota metropolitan itu dalam tempoh 75 tahun. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI