fbpx

Akta Kanak-Kanak 2021 cukup kuat hukum pesalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari (duduk tengah) selepas konvensyen tersebut hari ini. Foto oleh AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM- Peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-Kanak 2001 dilihat mencukupi untuk menghukum mana-mana pihak yang melakukan kesalahan di bawah akta tersebut.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Dr. Johari Abdul berkata, beliau melihat tidak ada keperluan untuk meminda peruntukan undang-undang di dalam akta tersebut dengan pihak berkuasa, perundangan dan kehakiman boleh mengambil tindakan sewajarnya.

“Banyak peruntukan undang-undang yang boleh dikenakan terhadap mereka kerana selain mengutip derma dan mendera kanak-kanak, syarikat ini juga dilihat gagal mendaftar individu sebagai pekerja selain gagal membayar gaji.

“Rasa (kesalahan berkaitan gagal membayar gaji pekerja) itu lebih parah lagi. Saya rasa Jabatan Peguam Negara (AGC) mempunyai strategi mereka untuk pastikan keadilaan tercapai,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Sejarah dan Perpaduan Nasional 2024 di sini, hari ini.

Kosmo! melaporkan 24 pemimpin syarikat Global Ikhwan Service and Business Holdings (GISBH) termasuk Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu dan isterinya.

Kesemua mereka kini disiasat mengikut Seksyen 32 (a) Akta Kanak-Kanak 2001, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 serta Seksyen 14 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) (Pindaan) 2022. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI