fbpx

Iklan HONOR sindir privasi Macbook? MagicBook Art 14 dipuji kerana kamera magnetik inovatifnya!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penggunaan kamera magnetik yang inovatif pada HONOR MagicBook Art 14 menghapuskan kebimbangan privasi pengguna.

KETIKA Apple sentiasa berbangga dengan usahanya yang menekankan privasi pengguna, kita sering menemui kes kebocoran privasi dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh, anda mungkin menyebut jenama tertentu kepada rakan, dan pada saat berikutnya, anda melihat iklan untuk jenama tersebut di media sosial.

Selain telefon, privasi komputer riba juga patut diberi perhatian.

Kita sering melihat orang di sekeliling meletakkan pelekat pada kamera komputer riba mereka untuk menutupnya, mengelakkan kamera daripada membocorkan privasi tanpa pengetahuan kita.

Iklan terbaharu HONOR memberi petunjuk bahawa komputer Apple mungkin tidak cukup melindungi privasi pengguna. Media sosial rasmi HONOR Malaysia hari ini mengeluarkan iklan baharu, menunjukkan seorang gadis yang sedang berehat di biliknya merasakan seperti ada seseorang yang memerhatikannya.

Selepas mengimbas bilik, dia menyedari terlupa menutup kamera komputer ribanya dan dengan cepat mengambil pelekat untuk menutupnya!

Reka bentuk kamera takuk komputer riba dalam video itu jelas menunjukkan ia adalah reka bentuk klasik Apple MacBook.

Gadis itu menjadi berhati-hati setiap kali menggunakan kamera, bimbangkan kebocoran privasi, sehingga dia mula menggunakan MagicBook Art 14.

Reka bentuk kamera magnetiknya boleh dikeluarkan dari sisi komputer riba apabila diperlukan dan dilekatkan kembali apabila tidak digunakan, menangani kebimbangan privasi kebanyakan pengguna dan menghapuskan ketakutan akan kemungkinan mereka mendedahkan kehidupan peribadi sendiri di hadapan kamera.

Kelebihan kamera magnetik inovatif

Pada masa lalu, komputer riba telah memperkenalkan beberapa penyelesaian untuk menangani isu kamera, seperti menyembunyikan kamera dalam papan kekunci, yang popular dalam komputer riba Huawei dan HONOR beberapa tahun yang lalu.

Walaupun ini menyelesaikan isu privasi, sudut kamera menjadi janggal.

Kamera magnetik mudah disimpan apabila tidak digunakan.

Kamera AI (kecerdasan buatan) magnetik inovatif HONOR MagicBook Art 14 hanya dikeluarkan apabila diperlukan dan boleh ditarik balik apabila tidak digunakan, memastikan privasi pengguna dan mengekalkan sudut penggambaran normal tanpa bimbang tentang sudut kamera yang tidak menarik.

Reka bentuk magnetik membolehkan kamera mudah ditanggalkan atau diputar 180 darjah, menyediakan fleksibiliti yang sangat baik untuk mesyuarat, wawancara bersemuka dan keperluan peribadi lain.

Digabungkan dengan teknologi AI canggih, kamera ini juga mempunyai ciri penjejakan orang, kabur latar belakang dan sokongan hubungan mata.

Kamera magnetik bukan sahaja melindungi privasi tetapi juga menjimatkan ruang skrin, mengurangkan bezel dengan ketara untuk mencapai nisbah skrin-ke-badan yang mengagumkan sebanyak 97 peratus pada HONOR MagicBook Art 14.

Digabungkan dengan skrin sentuh OLED 14.6 inci pertama dalam industri dan bezel ultra-nipis 2.2 milimeter, ia memberi paparan mengagumkan, menawarkan pesta visual skrin penuh yang hampir tanpa sempadan.

Meskipun nipis, HONOR MagicBook Art 14 memiliki semua port yang diperlukan.

Nisbah aspek 3:2 menyediakan pengalaman mendalam untuk kedua-dua kerja dan hiburan, membolehkan pengguna memberi tumpuan sepenuhnya kepada kandungan.

Setiap video, pembentangan dan permainan menjadi lebih menakjubkan dan menyeronokkan, dengan warna yang lebih hidup dan realistik serta butiran yang rumit.

HONOR MagicBook Art 14 kini tersedia di Malaysia

HONOR MagicBook Art 14 berharga RM5,999 dan hadir dalam warna hijau zaitun musim panas.

Ia dilengkapi dengan pemproses Intel® Core™ Ultra 5 125H dan kad grafik Intel® Arc™ yang berdedikasi, RAM 16GB dan storan ROM 1TB, menyediakan prestasi mantap untuk permainan, penciptaan kandungan dan keperluan prestasi tinggi lain.

Semasa promosi jualan produk baharu, pembelian HONOR MagicBook Art 14 akan disertakan dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,106, termasuk beg komputer riba HONOR, jaminan lanjutan 1+2 tahun dan langganan Microsoft 365 percuma selama satu tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI