fbpx

Outlet flagship terbesar Delux diiktiraf oleh Malaysia Book of Records

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dylan Chui (empat dari kanan) pada majlis pelancaran outlet flagship terbaharu dan terbesar Delux di Puchong baru-baru ini.

PETALING JAYA – Delux, jenama terkemuka pintu pagar aluminium tanpa trek dan pintu sekuriti, melancarkan kedai flagship terbaharunya di Puchong, Selangor bersempena sambutan ulang tahun ke-20 syarikat. 

Premis yang berkeluasan binaan 19,788 kaki persegi itu juga telah diiktiraf sebagai ruang pameran Delux terbesar dan turut mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Delux, Datuk Dylan Chui berkata, outlet terbaharu yang luas dan menarik ini mempunyai rumah replika berkonsep yang menampilkan reka bentuk dalaman dan stail rumah yang berlainan, yang mana pengunjung berpeluang untuk merasai kualiti produk secara langsung serta lebih nyata, sambil boleh mengambil inspirasi reka bentuk. 

Ia juga mempamerkan lebih daripada 20 reka bentuk pintu sekuriti AlutechDoor dan lebih daripada 10 jenis pintu pagar tanpa trek UniGate. 

Serta menyediakan ruang inovatif seperti bilik gelap untuk pintu pagar LED, yang mana pengunjung akan disambut dengan pemandangan siling langit berbintang yang cukup kontemporari.

“Outlet flagship baharu ini bukan sahaja menambahkan satu lagi pencapaian syarikat untuk meningkatkan keselamatan rumah dan estetika, tetapi juga dapat menetapkan piawaian baharu untuk bilik pameran pintu pagar tanpa trek dan pintu sekuriti di negara ini,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Chui menerangkan, cawangan flagship ini juga menyediakan bilik permainan kanak-kanak yang selesa, membolehkan pengunjung menikmati semasa mengunjung tanpa risau anak-anak mereka. 

Semua produk Delux adalah hasil inovasi pasukan kajian dan pembangunan sendiri yang mana ia membuktikan bahawa produk keluaran syarikat telah melalui proses ujian yang ketat sehingga dapat pengiktirafan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim). 

“Pengunjung boleh mengambil peluang untuk menguji tahap ketahanan dan kualiti produk sendiri. 

“Pasukan jualan profesional Delux juga  sentiasa bersedia membantu pengunjung untuk memilih pintu pagar tanpa trek dan pintu sekuriti yang paling sesuai dan padan dengan reka bentuk rumah mereka,” ujarnya. 

Tambah beliau, syarikat sedang menganjurkan program cabutan bertuah sehingga bulan Januari 2025 untuk semua para pelanggannya di seluruh negara .

“Pelanggan dan pengedar berpeluang memenangi hadiah bernilai RM238,888.88, dengan hadiah utama kenderaan elektrik (EV), serta hadiah bulanan seperti kerusi urut, peranti tablet dan peralatan dapur,” ujarnya.

 Delux kini memiliki lima rekod pencapaiannya The Malaysia Book of Records iaitu Pintu Pagar Tanpa Trek Terpanjang, Reka Bentuk Pintu Pagar Tanpa Trek Terbanyak,  Pintu Sekuriti Aluminium yang Pertama Diperakui 2022, dan Kilang Pembuatan Pintu Pagar Aluminium Tanpa Trek Terbesar 2023 serta Sistem Engsel Pintu Pagar Terkuat menampung berat sehingga 4,588.72 Kg. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI