fbpx

Persidangan Tahunan Maicsa bincang isu kelestarian,cabaran, hala tuju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Akbar Moidunny

PETALING JAYA – Institut Setiausaha dan Pentadbir Berkanun Malaysia (Maicsa) akan menganjurkan Persidangan Tahunan 2024 dengan tema ‘Kelestarian Hari Ini Untuk Hari Esok’ selama dua hari bermula 22 Oktober ini.

Persidangan yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby di Kuala Lumpur secara hibrid itu bakal menghimpunkan pemimpin daripada badan kawal selia, sektor korporat dan profesional tadbir urus untuk meneroka strategi yang boleh diterapkan untuk perniagaan yang mampan.

Presiden Maicsa, Datuk Akbar Moidunny berkata, persidangan ini akan menjadi platform untuk membincangkan cabaran terkini dan berkongsi penyelesaian praktikal dan yang berfikiran ke hadapan.

“Dalam persekitaran perniagaan yang berkembang pesat, kelestarian merupakan faktor utama dan harus dititik beratkan dalam perniagaan. 

“Dengan perubahan iklim yang semakin pantas dan jangkaan sosial semakin meningkat, perniagaan mesti menyepadukan prinsip alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) ke dalam strategi mereka. 

“Persidangan ini akan menjadi platform untuk membincangkan cabaran terkini dan berkongsi penyelesaian praktikal dan yang berfikiran ke hadapan,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini.

Selain itu, persidangan tersebut akan menampilkan barisan panel utama dan sesi perbincangan yang mantap, direka khas untuk memberi inspirasi dan membimbing organisasi dalam perjalanan kelestarian mereka. 

Antara topik yang akan dibincangkan adalah membina ekosistem perniagaan yang mampan, hala tuju masa depan dalam tadbir urus ESG, penglibatan generasi muda dalam inisiatif kelestarian, cukai keuntungan modal dan harga pindahan serta memanfaatkan kecerdasan buatan untuk perlindungan data dan privasi.

Selain itu, peserta juga akan mendapat manfaat daripada sesi kemas kini kawal selia yang disediakan oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia, bersama-sama dengan pandangan eksklusif daripada pakar industri tentang trend tadbir urus global yang terkini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI