fbpx

Jumlah agihan pendapatan 23 dana AmInvest berjumlah RM96.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jumlah pengagihan pendapatan bersih AmInvest untuk 23 dana unit amanah dan dana borongnya dari bulan April 2024 hingga Jun 2024 adalah kira-kira RM96.9 juta, merangkumi dana konvensional dan patuh syariah dalam pelbagai kelas aset.

AmInvest adalah  jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad (Amfunds)  dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. 

AmInvest adalah  pengurus dana pemenang pelbagai anugerah yang berpangkalan di Malaysia dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam pelaburan, menguruskan kedua-dua dana amanah konvensional dan patuh-Shariah, dana borong, mandat institusi, dana dagangan Bursa (ETF) dan skim persaraan swasta (PRS).

Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds , Goh Wee Peng  berkata, pihaknya gembira dapat memberikan pengagihan pendapatan ini kepada para pelabur. 

“Kami kekal komited untuk memberikan nilai di samping terus berusaha mencari peluang-peluang terbaik dalam pasaran,seterusnya mengukuhkan kedudukan kami sebagai pemain utama dalam industri pengurusan dana,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Wee Peng menjelaskan, kepakaran AmInvest dalam menguruskan pelaburan dan menunjukkan prestasi cemerlang yang konsisten terus meraih pengiktirafan dalam industri -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI