fbpx

APM selamatkan wanita lumpuh terperangkap banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita warga emas yang lumpuh separuh badan diselamatkan selepas rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini dinaiki air sedalam kira-kira 0.6 meter.

SHAH ALAM – Seorang wanita warga emas yang lumpuh separuh badan diselamatkan selepas terperangkap di dalam rumahnya akibat banjir di Kampung Rantau Panjang, Bestari Jaya di sini hari ini.

Operasi menyelamatkan mangsa lingkungan umur 80an itu dijalankan Angkatan Pertahanan Awam (APM) pukul 11 pagi selepas kediamannya dinaiki air setinggi kira-kira 0.6 meter.

Ketua Sektor Operasi APM Daerah Kuala Selangor, Leftenan Muda (PA) Mohd. Izzuddin Ismail berkata, bantuan tersebut dilakukan susulan permintaan ahli keluarga warga emas itu yang turut tinggal bersamanya di rumah tersebut.

“Anggota yang sedang menjalankan operasi pemindahan mangsa banjir di kampung itu segera ke rumah mangsa sebelum dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Kebangsaan (SK) Rantau Panjang,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Kata beliau, seramai 50 mangsa termasuk dua bayi lelaki telah ditempatkan di PPS berkenaan sejak dibuka pukul 10.45 pagi tadi.

Ujar Mohd. Izzuddin Ismail, berdasarkan pemantauan di kampung berkenan sehingga petang ini mendapati banjir masih berada paras statik.

Sementara itu, situasi banjir di Hulu Bernam, Hulu Selangor mendapati jumlah mangsa yang ditempatkan di PPS Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Selisek kekal 109 individu melibatkan 35 buah keluarga. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI